top of page
baby-shiv_edited_edited.jpg

Bale! baalakumaraa!!

பலே! பாலகுமாரா!!!

Online Religious Quiz

Arunagirinathar

arunagiri_murugan.jpg

     Anunagirinathar telah lahir di Thiruvannamalai, Tamil Nadu pada abad ke 15. Nama bapa beliau ialah Thiruvengkatthar dan ibunya Mutthamai. Kedua ibu bapanya telah meninggal dunia semasa Arunagiri masih bayi lagi. Beliau diasuh oleh kakak sulungnya dengan penuh manja. Arunagiri didapati amat pintar dalam pelajarannya. Bila dewasa beliau telah berkhawin. Malangnya Arunagiri melibatkan dirinya dalam perbuatan-perbuatan tidak bermoral seperti meminum arak, berjudi dan mengadakan hubungan tidak bermaruah dengan wanita-wanita. Semua harta kekayaanya telah lenyap. Arunagirinathar telah menghidap penyakit yang membahayakan. Disebabkan penyakitnya itu, maka ahli-ahli keluarganya dan orang ramai telah memandang hina padanya.

     Arunagiri berasa terseksa dengan penyakit yang dihidapinya. Beliau berasa malu dengan penyakitnya, lalu keluar meninggalkan keluarganya. Di pejalanannya beliau terserempak dengan seorang tua yang memintanya untuk menyembah Tuhan Murugan.  Oleh kerana pemikiranya yang tidak tenteram, Arunagiri telah membuat keputusan untuk membunuh diri. Beliau telah memanjat ke atas puncak menara (gopuram) kuil Thiruvannamalai dan terjun ke bawah. Tuhan Murugan telah menyelamatkan Arunagiri dengan menadah kedua-dua tanganNya. Tuhan Murugan memanggilnya “Arunagirinathare!” dan merahmatinya dengan menulis mantera enam aksara “Saravanabhawa” pada lidahnya dengan mengunakan lembing (vel). Dengan berkat Tuhan Murugan, penyakit Arunagirinathar telah sembuh sepenuhnya. Tuhan Murugan menyedarkan Arunagirinathar bahawa beliau masih mempunyai banyak tugas yang belum selesai baginya dalam hidup ini. Oleh itu, Arunagirinathar diminta untuk melafazkan puisi-puisi suci mengenai Tuhan Murugan untuk kepentingan umat manusia.  Tetapi Arunagirinathar tidak tahu bagaimana hendak memulakannya. Maka Tuhan Murugan telah memberi ungkapan permulaannya “Muththaitaru paathi thiru nagai..’ dan telah mengghaibkan dirinya. Arunagirinathar telah menghasilkan pelbagai puisi suci seperti Kantharanubuthi, Kantharalangkaaram dan Thiruppukal demi kebaikan umat manusia.

 

Pengajaran:  Rukun utama agama Hindu menjelaskan bahawa roh akan mengalami pelbagai kitaran kelahiran berdasarkan pada pahala (punniyam) dan dosa (paavam) yang dimilikinya pada setiap kelahiran. Arunagirinathar telah dirahmati Tuhan Murugan dalam hidup ini kerana pahala yang dibawa bersama dari kelahiran-kelahiran sebelumnya.

© All rights reserved by Maamandram

bottom of page